Tuesday, October 11, 2022

PENYERTAAN PERARAKAN HARI KEBANGSAAN

 

31 Ogos 2022 : Seramai 30 orang pelajar dari pelbagai jabatan di PMS telah menyertai Perarakan Sempena Hari Kemerdekaan ke-65 di Daerah Rompin Pahang. Ketua Kontijen Politeknik Muadzam Shah telah diketuai oleh Pegawai Hal Ehwal Pelajar, En Syahmi bin Mohd Zahir. Semoga aktiviti ini dapat memupuk semangat cintakan tanahair kepada pelajar PMS. Selamat menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 65.




KURSUS ASAS PERAJURIT MUDA SUKARELA (APMS)

 

17 Ogos 2022 : Telah berlangsung perbarisan penutup Kursus Asas Perajurit Muda Sukarela (APMS) siri 2 dan 3 Rejimen 505 Askar Wataniah bertempat di Kem Force 136, Sg. Miang, Pekan. Seramai 15 orang pelajar PMS yang terlibat. Diantara pencapaian dalam kursus ini adalah seorang pelajar PMS mendapat anugerah kawad terbaik iaitu 6297053 PJM AIDIEL NAZRI BIN AZMI. Tahniah diucapkan.




Sunday, September 11, 2022

AVIATION COACHING BY AIR FORCE

 

20 Jun 2022 - Telah berlangsung Program Aviation Coaching by Air Force (ACAF) di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Kuantan. Program ini merupakan anjuran bersama KLKM UPM dan KLKM PMS yang melibatkan 3 orang pemimpin dan 15 orang ahli KLKM. Lawatan ini bertujuan untuk memberi kefahaman dan praktikal kepada ahli KLKM berkenaan ilmu penerbangan dan teknikal pesawat.



Tuesday, June 7, 2022

PENGAKAP KELANA

 

Telah berlangsung Program Perkhemahan Pengakap Kelana Sesi 2 : 2021/2022 pada 27-29 Mei 2022 di Politeknik Muadzam Shah. Seramai 20 orang pelajar dan 2 orang pensyarah penyelaras terlibat dalam menjayakan program anjuran Kumpulan Latihan Kelana Siswa Malaysia (KLKM) PMS ini.

Pelaksanaan program adalah bagi memenuhi keperluan MPU 24661 Pengakap Kelana 1 di bawah Kokurikulum berkredit. Program ini juga bertujuan untuk memberi pendedahan berkenaan asas kepengakapan di samping untuk melaksanakan praktikal kemahiran perkhemahan kepada semua ahli.

Monday, June 6, 2022

NAIB JUARA CATUR

 

Tahniah diucapkan kepada pelajar Politeknik Muadzam Shah iaitu Zulkarnain bin Safri (19DDT20F1100) dari Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi kerana telah berjaya menduduki tempat kedua (Naib Johan) bagi Kategori Politeknik Malaysia dalam Kejohanan Malaysia Open Chess Tournament yang berlangsung di Politeknik Sultan Idris Shah.

Tahniah juga diucapkan kepada En Mohd Huzairi bin Husin sebagai penyelaras Chess PMS. Kejohanan ini telah disertai oleh 362 peserta dari seluruh Malaysia. Seluruh warga PMS mengucapkan Tahniah atas kejayaan ini.

PROGRAM FIRE DRILL JPKK

 

20 Mei 2022 - Jawatankuasa Pelajar Kolej Kediaman (JPKK) sesi 2022 Politeknik Muadzam Shah telah mengadakan satu program iaitu Fire Drill dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) yang bertempat di parkir berhadapan blok 1 perempuan, pada ketetapan masa 10.30 malam.

Program ini turut dihadiri oleh Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, En Muhammad Rafie bin Hamzah. Turut hadir bersama ialah En. Syahmi bin Mohd Zahir, Pegawai Hal Ehwal Pelajar (Kebajikan & Disiplin) PMS, En Mohd Jeffry bin Zainuddin, Ketua Penyelaras MPP serta Felo-felo PMS.

Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan latihan persediaan kepada pelajar untuk tindakan yang perlu diambil sekiranya berlaku kebakaran di dalam kampus.



PENYERTAAN PERARAKAN HARI KEBANGSAAN

  31 Ogos 2022 : Seramai 30 orang pelajar dari pelbagai jabatan di PMS telah menyertai Perarakan Sempena Hari Kemerdekaan ke-65 di Daerah Ro...