Monday, January 31, 2022
SESI KUNJUNGAN HORMAT
Sunday, January 16, 2022
TEAM BUILDING WITH KPDNHEP
Program ini dihadiri oleh Pengarah PMS, Tuan Haji Hassan bin Ismail serta Timbalan Pengarah Akademik, Dr Zulkifli Md Yusoff manakala wakil daripada KPDNHEP Raub pula ialah En Mohd Nizam Bin Ab Halim, En Syahrunizam bin Yahaya, Pn Mardiana binti Mahusin dan Pn Noorarwani binti Noordin.
HARI PENDAFTARAN KELAB
PENUBUHAN ASKAR WATANIAH PMS
Sehubungan dengan itu PMS mempelawa pelajar yang berminat untuk menyertai Askar Wataniah dengan harapan agar pelajar lebih berdisiplin dan mempunyai semangat juang yang tinggi. Disamping itu juga pelajar memperolehi wang saku hasil daripada elaun yang disediakan untuk menampung sedikit sebanyak perbelanjaan semasa di Politeknik.
Apakah yang anda perolehi apabila menyertai Askar Wataniah ?
- Berjasa dengan menyumbang kepada pertahanan negara.
- Mengisi masa lapang yang sebaliknya terbiar sekiranya tidak menyertai sebarang aktiviti kumpulan sosial.
- Mempelajari kepakaran dalam pasukan Askar Wataniah yang dipilih.
- Membina dan membangunkan perwatakan tanpa mengeluarkan wang ringgit.
- Menambah kenalan/sahabat dari pelbagai lapisan masyarakat.
- Berpeluang melawat/menghadiri latihan di pusat latihan dan pasukan-pasukan di seluruh negara.
- Elaun semasa latihan hujung minggu dan gaji latihan melebihi 72 jam dan perkhemahan tahunan.
- Bounti/Saguhati tahunan
- Perlindungan kemalangan sama seperti Angkatan Tetap.
- Elaun perjalanan ke tempat latihan dan kemudahan perubatan.
- Layak menyertai Insurans berkelompok ATM.
- Cuti tanpa rekod bagi menyertai latihan selama 30 hari dalam satu tahun (bagi kakitangan kerajaan sahaja).
- Boleh dikerah untuk berkhidmat sepenuh masa mengisi jawatan tetap dalam kor-kor yang berkaitan bagi mereka yang layak.
- Layak mendapat kemudahan pembelian barang PERNAMA PERWIRA NIAGA seperti mana Anggota Tetap.
Insentif Askar Wataniah
- Kursus Kerjaya - Berpeluang mengikuti kursus-kursus kerjaya di Pusat Latihan Askar Wataniah (PUSWATAN) di Ipoh atau pasukan-pasukan penganjur yang lain.
- Kursus Fungsional - Berpeluang menghadiri kursus fungsional untuk meningkatkan kemahiran dalam bidang-bidang ketenteraan.
- Kenaikan Pangkat dan Pentauliahan - Anggota-anggota yang layak dan memenuhi syarat-syarat berpeluang dinaikkan pangkat dan bagi anggota-anggota yang mempunyai kelayakan akademik berpeluang ditauliahkan sebagai pegawai.
- Imbuhan Elaun - Setiap anggota sukarela akan dibayar elaun bagi setiap latihan yang dihadiri. Jenis-jenis elaun yang disediakan adalah seperti berikut :
- Elaun Kehadiran (Pegawai RM 5.80/LLP RM 4.00) - Elaun ini dibayar berdasarkan jumlah jam kehadiran ke latihan tempatan.
- Pemberian Pakar - (Pegawai RM 300.00/LLP RM 200.00) untuk pegawai atau anggota ditauliahkan/didaftarkan untuk tempoh tidak kurang daripada empat tahun.
- Elaun Pakaian 'Outfit' - Dibayar sekali semasa pentaulihan seseorang pegawai angkatan sukarela.
- Elaun Senggaraan Pakaian - (RM 125.00) Dibayar setahuun sekali dikira dari tarikh pentauliahan.
- Elaun Pakaian Istiadat - (RM 750.00) boleh dituntut lima tahun sekali bermula dari tarikh pentauliahan pegawai berkenaan.
- Elaun Pakaian Tauliah Kehormat - (RM 1000.00) dibayar sekali semasa pegawai diberi tauliah kehormat seseorang pegawai angkatan sukarela.
- Elaun Pengangkutan - Anggota yang menggunakan kenderaan sendiri/pengangkutan awam layak menuntut elaun perjalanan dengan syarat-syarat tertentu.
- Kadar Penuh RM 520.00
- Kadar Tiga Suku RM 390.00
- Kadar Separuh RM 260.00
PENYERTAAN PERARAKAN HARI KEBANGSAAN
31 Ogos 2022 : Seramai 30 orang pelajar dari pelbagai jabatan di PMS telah menyertai Perarakan Sempena Hari Kemerdekaan ke-65 di Daerah Ro...

-
17 Ogos 2022 : Telah berlangsung perbarisan penutup Kursus Asas Perajurit Muda Sukarela (APMS) siri 2 dan 3 Rejimen 505 Askar Wataniah ber...
-
Telah berlangsung Program Perkhemahan Pengakap Kelana Sesi 2 : 2021/2022 pada 27-29 Mei 2022 di Politeknik Muadzam Shah. Seramai 20 orang ...
-
20 Mei 2022 - Jawatankuasa Pelajar Kolej Kediaman (JPKK) sesi 2022 Politeknik Muadzam Shah telah mengadakan satu program iaitu Fire Drill ...