Tuesday, June 7, 2022

PENGAKAP KELANA

 

Telah berlangsung Program Perkhemahan Pengakap Kelana Sesi 2 : 2021/2022 pada 27-29 Mei 2022 di Politeknik Muadzam Shah. Seramai 20 orang pelajar dan 2 orang pensyarah penyelaras terlibat dalam menjayakan program anjuran Kumpulan Latihan Kelana Siswa Malaysia (KLKM) PMS ini.

Pelaksanaan program adalah bagi memenuhi keperluan MPU 24661 Pengakap Kelana 1 di bawah Kokurikulum berkredit. Program ini juga bertujuan untuk memberi pendedahan berkenaan asas kepengakapan di samping untuk melaksanakan praktikal kemahiran perkhemahan kepada semua ahli.

Monday, June 6, 2022

NAIB JUARA CATUR

 

Tahniah diucapkan kepada pelajar Politeknik Muadzam Shah iaitu Zulkarnain bin Safri (19DDT20F1100) dari Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi kerana telah berjaya menduduki tempat kedua (Naib Johan) bagi Kategori Politeknik Malaysia dalam Kejohanan Malaysia Open Chess Tournament yang berlangsung di Politeknik Sultan Idris Shah.

Tahniah juga diucapkan kepada En Mohd Huzairi bin Husin sebagai penyelaras Chess PMS. Kejohanan ini telah disertai oleh 362 peserta dari seluruh Malaysia. Seluruh warga PMS mengucapkan Tahniah atas kejayaan ini.

PROGRAM FIRE DRILL JPKK

 

20 Mei 2022 - Jawatankuasa Pelajar Kolej Kediaman (JPKK) sesi 2022 Politeknik Muadzam Shah telah mengadakan satu program iaitu Fire Drill dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) yang bertempat di parkir berhadapan blok 1 perempuan, pada ketetapan masa 10.30 malam.

Program ini turut dihadiri oleh Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, En Muhammad Rafie bin Hamzah. Turut hadir bersama ialah En. Syahmi bin Mohd Zahir, Pegawai Hal Ehwal Pelajar (Kebajikan & Disiplin) PMS, En Mohd Jeffry bin Zainuddin, Ketua Penyelaras MPP serta Felo-felo PMS.

Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan latihan persediaan kepada pelajar untuk tindakan yang perlu diambil sekiranya berlaku kebakaran di dalam kampus.



PENYERTAAN PERARAKAN HARI KEBANGSAAN

  31 Ogos 2022 : Seramai 30 orang pelajar dari pelbagai jabatan di PMS telah menyertai Perarakan Sempena Hari Kemerdekaan ke-65 di Daerah Ro...